Advokasi & eKelas bersama SK Putrajaya Presint 18(1)

2 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Mac 2019 Jumaat, Pusat Internet Putrajaya telah berkolaborasi dengan SK Putrajaya Presint 18(1) untuk program Advokasi & eKelas bersama SK Putrajaya Presint 18(1). Program ini telah dijalankan di SK Putrajaya Presint 18(1). Program ini telah bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Seramai 33 orang pelajar tahun 6 telah terlibat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengisi maklumat diri. Kemudian, pelajar diberi pendedahan mengenai eKelas. Seterusnya, pelajar mendaftarkan di portal eKelas dan menggunakan portal sebagai portal pendidikan mereka. Akhir sekali, tayangan video advokasi mengenai “Cyberbully”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas